Friday, September 01, 2006

Ex CPM Leader Rashid Maidin Dies.

Former Communist Party of Malaya (CPM) leader, Rashid Maidin died this morning, a Thai army spokesman said. He said Rashid died at his daughter's house at Sisakoin, Narathiwat and will be buried there in the afternoon. The following information about Allahyarham Rashid Maidin is from Wikipedia. May his soul rest in peace.

Rashid Maidin (atau Rashid Mydin; lahir: 10 Oktober 1917) ialah pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya.
Rashid dilahirkan di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Gunung Mesah terletak di tepi jalan utama antara Gopeng dengan Ipoh. Di sini ada perkampungan Melayu yang dipenuhi rumah-rumah papan dan sekarang bertukar kepada rumah batu separuh.
Isteri pertamanya, Hamidah binti Abdul Rashid, kini menetap di Gopeng.
Jadual isi kandungan[sorok]
1 Kerjaya politik
2 Pemberontakan bersenjata menentang British
3 Kini
4 Ghaib
//
[Sunting]

Kerjaya politik
Pada mulanya, Rashid menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang kemudian diharamkan oleh kerajaan British kerana dituduh berhaluan kiri dan menentang British secara seluruh. Ketika berjuang dalam PKMM, Rashid pernah ditahan beberapa kali oleh kerajaan British di pusat tahanan Tanjung Beruas, Melaka serta di Larkin, Taiping, Morib dan Tanjung Beruas. Dia pernah mengetuai mogok lapar dalam pusat tahanan tersebut bersama Pak Sako. Sebagai orang tahanan, mereka dibenarkan bekerja di luar pusat tahanan. Upah yang diberi ialah 75 sen sehari.
Rashid menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1951 dan menjadi ahli jawatankuasa pusat PKM bersama Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Abdullah C.D di Perak.
[Sunting]

Pemberontakan bersenjata menentang British
Rashid memilih PKM sebagai wadah perjuangan yang baru. Selepas diburu oleh pihak berkuasa Malaysia, Rashid dan gerombolannya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sempadan Malaysia dengan Thailand. Di sana. Rashid berkahwin dengan seorang gadis Cina yang juga merupakan ahli PKM. Isteri Cina ini kini bernama Latifah. Chin Peng memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin Regimen ke-10 PKM di Bentong, [Pahang]].
[Sunting]

Kini
Rashid Maidin menetap di perkampungan yang dinamakan "Perkampungan Malaysia" di sempadan Thailand Selatan. Jumlah rumah 62 buah dan penduduk di situ lebih kurang 200 orang. Orang Melayu Malaysia ada tiga kelamin, yang lain semua warga Thailand.
Rumahnya dua tingkat yang diubahsuai daripada rumah asal yang hanya mempunyai satu bilik. Kiri kanan dipenuhi pokok dokong, rambutan dan buah-buahan tempatan, iaitu pemandangan yang biasa dilihat di kampung-kampung di Malaysia. Di kampung itu, dia mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran. Pak Sako berkata Rashid Maidin kuat agamanya.
Di bawah urusan kerajaan Malaysia, Rashid pergi ke Mekah untuk mengerjakan fardhu haji pada tahun 1999. Sahabatnya, Ahmad Boestaman dan Ishak Haji Mohamad, telah meninggal dunia.
Tubuh Rashid masih tegap dan selalu berpakaian serba putih lengkap berketayap. Wajahnya awet muda, kelihatan seperti berusia awal 50-an.
[Sunting]

Ghaib
Rashid dikatakan mempunyai keistimewaan boleh menghilangkan diri jika diburu oleh pasukan keselamatan. Dia juga dikatakan selalu mengunjungi adiknya di Kampung Sungai Itik, Simpang Pulai, Perak. Rumah itu daripada papan dan bertiang tinggi. Pasukan tentera mengepung rumah itu tetapi tidak dapat menemui Rashid yang dikatakan berada di situ.
Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Rashid_Maidin"

3 Comments:

Blogger pinolobu said...

Is Communism and Islam compatible?

9:29 PM GMT+8  
Blogger The Malaysian. said...

pinolobu, I think that question is better left for the theologians to answer.

9:31 AM GMT+8  
Blogger Shanghai Fish said...

If he was Communist, why "Allahyarham" ?? Are'nt Communist 'godless'?
Let's no make a 'WIRA' out of this commie-bandit, okay!!
Cheers !

10:44 AM GMT+8  

Post a Comment

<< Home

!-- End #sidebar -->
Malaysia Blog Sites Listing Check Web Rank World Top Blogs - Blog TopSites hits Blog Portal